Syarat penggunaan
Jika anda menggunakan sistem terjemahan kami, anda bersetuju dengan semua syarat berikut:
- Anda memberi jaminan bahawa anda mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa sasaran.
- Anda telah membaca dan menerima dasar privasi kami.
- Anda telah membaca arahan dan berjanji untuk menghasilkan terjemahan berdasarkan panduan tersebut.
- Anda berjanji untuk menterjemah kandungan tersebut hampir kepada maksud teks asal. Anda memberi jaminan bahawa anda tidak akan mengubah maksud teks atau menambah apa sahaja dalam terjemahan teks tersebut yang tiada dalam teks asal tanpa keizinan.
- Sebagai pengguna/penterjemah, anda memberi laman web ini sebuah hak kandungan dan tidak terhad secara global, ekslusif, bebas royalti, boleh dipindah milik serta bertempoh, untuk menggunakan kandungan yang telah anda hasilkan dan hantar, di semua media yang digunakan oleh Education@Internet. Education@Internet secara khususnya telah diberi kuasa untuk menggunakan kandungan ini di mana-mana media, juga untuk menerbitkan, menyalin, menerbitkan semula, mengubah suai, menyunting, mengedarkan dan mengadaptasikan kandungan ini untuk apa-apa tujuan.
- Sebagai pengguna/penterjemah, anda memberi jaminan bahawa kandungan anda boleh digunakan secara bebas oleh pihak ketiga. Anda mengesahkan bahawa anda mempunyai semua hak dan kuasa yang diperlukan untuk hak yang diberikan di sini berkaitan kandungan yang telah anda hantar.