Arahan

Selamat datang ke sistem terjemahan E@I! Sistem ini membolehkan anda untuk menterjemahkan laman web serta lain-lain sumber dalam pelbagai bahasa.

Para pengatur cara kini sedang menambah baik sistem terjemahan dan beberapa perubahan boleh dijangkakan.

Untuk memulakan terjemahan, anda perlu cipta satu akaun. Anda perlu mencipta akaun baharu, walaupun anda sebelumnya telah mempunyai sebuah akaun dengan sistem lama yang telah dihentikan pada tahun 2021.

Projek-projek

"Projek-projek" ialah kumpulan-kumpulan terjemahan yang melibatkan satu laman web.

Halaman projek

Tangkapan layar halaman projek.
Tangkapan layar halaman projek.

Anda boleh mendapatkan maklumat umum tentang projek tersebut di atas. Terdapat penjelasan dalam bingkai berwarna tentang bagaimana terjemahan-terjemahan tersebut digunakan: untuk sesetengah laman web, terjemahan boleh terus dilihat; manakala untuk sesetengah yang lain, juruweb laman web tersebut perlu menambah terjemahan-terjemahan secara manual - hal ini bergantung kepada laman web tersebut dan bukannya kepada sistem terjemahan E@I.

Anda boleh mendapatkan satu senarai bahasa yang mana projek tersebut sudah diterjemahkan ke dalamnya dengan peratusan teks yang telah diterjemahkan. Selain itu, terdapat juga satu senarai komen dan aktiviti terkini.

Keizinan-keizinan terjemahan

Untuk menterjemahkan ke dalam satu-satu bahasa, anda perlu menerima keizinan daripada pentadbir projek. Klik pada butang 'mohon keizinan' di sebelah nama bahasa tersebut dan tulis sebuah permohonan pendek. Apabila pentadbir telah meluluskan permohonan anda, anda akan diberitahu melalui emel dan anda boleh mula menterjemah.

Permohonan untuk menterjemah.
Permohonan untuk menterjemah.

Barangkali anda ingin menterjemahkan sesebuah projek ke dalam bahasa yang belum diwujudkan oleh projek tersebut. Jika ya, cari menu dengan senarai bahasa, di bawah tajuk 'Terjemah ke bahasa lain'. Jika bahasa yang anda inginkan tiada dalam senarai, sila hubungi kami.

Antaramuka terjemahan.

Antaramuka terjemahan dipaparkan seperti ini:

Antaramuka terjemahan.
Antaramuka terjemahan.

Terdapat lima elemen, dari atas ke bawah:

Teks-teks yang telah diterjemahkan disusun atur dalam rentetan: segment teks; sama ada dalam perenggan yang penuh, sebahagian daripada menu, tajuk sesebuah bahagian, dll. Setiap bingkai berwarna ialah satu rentetan yang boleh diterjemahkan secara bebas daripada rentetan yang lain.

Rentetan-rentetan boleh disusun atur dalam folder-folder yang mengumpulkan rentetan-rentetan berdasarkan tema supaya lebih jelas.

Sekiranya folder semasa mempunyai banyak rentetan (contohnya, folder 'negara' dengan senarai 200 negara), tidak semua akan dimuatkan, sebaliknya akan terdapat butang 'muatkan lagi' di bawah.

Antaramuka terperinci untuk menterjemahkan rentetan.
Antaramuka terperinci untuk menterjemahkan rentetan.

Di sebelah kiri ialah teks dalam bahasa asal, manakala di sebelah kanan pula ialah terjemahan. Elemen-elemen ini ialah seperti berikut:

  1. Nama rentetan. Ini merupakan ciri pengecaman yang unik dan selalunya hanya akan digunakan oleh para pentadbir projek. Anda tidak perlu menterjemahkannya.
  2. Bahasa asal. Jika anda klik di sini, sebuah menu akan dipaparkan.
  3. Pautan ke alat terjemahan mesin yang boleh membantu.
  4. Teks yang perlu diterjemahkan.
  5. Teks bantuan, contohnya petunjuk untuk menjelaskan konteks rentetan.
  6. Status terjemahan.
  7. Terjemahan terkini.
  8. Tarikh serta penulis bagi kedua-dua teks asal dan teks terjemahan. Jika teks tersebut telah diterjemahkan lebih daripada satu kali, anda boleh melihat sejarah perubahan teks tersebut. Terdapat juga satu ruang komen.

Status terjemahan

Terjemahan-terjemahan mempunyai tiga status: belum diterjemahkan (dipaparkan dengan warna merah), lapuk (dipaparkan dengan warna kuning), dan telah diterjemahkan (dipaparkan dengan warna hijau). 'Lapuk' bermaksud teks sumber asal telah diubah yang mungkin menyebabkan terjemahan sedia ada perlu dikemaskini. Jika anda menganggap perubahan-perubahan tersebut tidak diperlukan, anda boleh klik pada butang 'Tandakan sebagai telah diterjemah'.

Komen-komen

Anda boleh memberi komen pada setiap versi terjemahan untuk setiap rentetan. Hal ini membolehkan anda memohon penjelasan tentang teks yang diterjemahkan, berbincang tentang terjemahan yang lebih baik bersama dengan para penterjemah yang lain, dll. Anda boleh memilih dalam tetapan anda sama ada anda ingin diberitahu melalui emel apabila seseorang membalas komen anda atau sebaliknya.

Contoh-contoh komen.
Contoh-contoh komen.

Cadangan terjemahan

Kadangkala apabila anda menterjemahkan rentetan baharu, cadangan terjemahan akan dipaparkan. Cadangan-cadangan ini datang daripada terjemahan lain bagi teks yang sama (sama ada dalam projek yang sama atau dalam projek lain). Klik pada cadangan tersebut jika anda suka, dan ia akan dipaparkan dalam ruang terjemahan.

Contoh-contoh cadangan terjemahan.
Contoh-contoh cadangan terjemahan.

Cari dan susun

Palang melintang di atas mempunyai beberapa penapis:

Simbol-simbol aneh

Rentetan-rentetan dengan simbol-simbol aneh.
Rentetan-rentetan dengan simbol-simbol aneh.

Sesetengah rentetan mungkin mempunyai simbol-simbol yang aneh. Ini merupakan tanda-tanda khas yang mana laman web akan gantikan sama ada dengan pautan web, nama pengguna atau nombor... Sila salin simbol-simbol ini ke ruang terjemahan tanpa sebarang perubahan (dan jika simbol-simbol ini mengandungi perkataan, jangan terjemahkan). Jika tidak, teks yang diterjemahkan tidak akan dipaparkan secara betul di dalam laman web.

Simbol-simbol khas ini mempunyai warna dalam sistem terjemahan. Berikut merupakan contoh:

Sesetengah projek menggunakan dua ('') dan tiga (''') tanda petik untuk huruf miring atau tebal. Sila ambil perhatian. Hal ini tidak universal, serta bergantung kepada laman web, bukannya sistem terjemahan.

Rentetan-rentetan dengan bentuk jamak.

Frasa bernombor (contohnya 'kami mempunyai X pengguna') boleh menimbulkan masalah. Sekiranya terdapat hanya satu pengguna, ia akan dipaparkan sebagai 'kami mempunyai 1 pengguna', yang mungkin tidak tepat secara tatabahasa dalam banyak bahasa.

Penyelesaiannya ialah menggunakan 2 rentetan yang berbeza serta mempunyai teks yang berbeza untuk disesuaikan dengan nombor yang berkaitan:

Rentetan dengan bentuk jamak.
Rentetan dengan bentuk jamak.

Sekiranya anda melihat rentetan-rentetan seperti ini, terjemahkan frasa tersebut berkali-kali untuk dipadankan dengan bilangan yang berbeza. Contohnya, dalam gambar di atas, seorang penutur bahasa Rusia perlu membayangkan terdapat 1, 2 atau 5 dan bukannya hanya {n}.

Sekiranya terdapat beberapa bilangan yang berbeza untuk terjemahan, hal ini merupakan perkara biasa: sesetengah bahasa hanya memerlukan dua bentuk (tunggal dan jamak), tetapi sesetengah yang lain (contohnya kebanyakan bahasa Slavik) memerlukan tiga bentuk. Bahasa Slovenia memerlukan empat bentuk, bahkan sesetengah bahasa (seperti bahasa Ireland dan Arab) memerlukan lebih banyak bentuk lagi.